24hb. Disember :
Seramai 75 orang pelajar telah memperoleh 9A dalam PMR 2009. Menurut Pengetua SMKA Naim Lilbanat, walaupun bilangan calon 9A telah berkurangan pada tahun ini, tetapi SMKA Naim Lilbanat telah berjaya mengekalkan keputusan 100 % pada tahun seperti tahun-tahun sebelumnya. Seramai 58 orang telah mendapat 8A dengan mencatatkan gred GPS keseluruhan iaitu 1.19. SMKANL masih kekal nombor satu dalam kalangan Sekolah Menengah Agama di Negeri Kelantan. Semoga SMKANL akan menggegar arena kebangsaan pada tahun hadapan. Akhir sekali tahniah kepada pelajar 3UK yang mana 9 orang telah mendapat 9A terutama untuk Neena.
Sekian,
Laporan oleh :
Cikgu Mazihar Ab. Manaf
Guru Bahasa Melayu
Tingkatan 3 2009
